Sistem Levi Pelepasan (MyDLv) adalah sistem yang direkabentuk bagi memudahkan semua pengurusan berkaitan dengan Levi Pelepasan berdasarkan Akta Levi Pelepasan 813. Sistem ini adalah untuk kegunaan para pengendali dan ejen pengangkutan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Di bawah adalah brosur rasmi Levi Pelepasan untuk makluman semua pengguna.
Para pengendali dan ejen boleh mengakses Sistem Levi Pelepasan (MyDLv) menggunakan aplikasi browser laman sesawang (Sila gunakan Chrome untuk paparan terbaik) dan melayari url https://mydlv.customs.gov.my.
Untuk pengendali atau ejen baru, sila klik pada butang "PERMOHONAN BARU" untuk mendapat paparan Borang DL-01.
Sila isikan semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut dan klik butang Hantar. Permohonan anda akan diproses dan jika diluluskan, anda akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem ini. Sila rujuk emel anda untuk sebarang maklumat berkaitan permohonan yang telah dilaksanakan.